Berita Berita
Lagi kes warga emas ditemui meninggal dunia seorang diri dalam rumah berkunci di Pulau Pinang

GEORGETOWN 17 Julai – Seorang lelaki warga emas ditemukan meninggal dunia dalam rumahnya yang berkunci di Flat Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Sungai Pinang, awal pagi tadi.
Mangsa, Chew Sze Sun, 72, ditemukan tidak bernyawa di dalam sebuah bilik di unit kediamannya di tingkat 18 flat berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian pada jam 12.45 tengah malam.
"Pasukan penyelamat melakukan 'size up' sebelum menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu rumah yang berkunci," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Menurut beliau, mangsa ditemukan dalam sebuah bilik dan disahkan telah meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hadir ke lokasi.
Dalam kejadian berasingan semalam, satu lagi kes penemuan mayat melibatkan lelaki warga emas turut dilaporkan berlaku di sebuah rumah berkunci di Hong Seng Estate, Mount Erskine, Tanjung Tokong.
JBPM menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 11.58 malam kelmarin.
Berita berkaitan
July 17, 2025, 8:20 pm
'Jangan ghairah nak makan lawan' - Rafizi anggap desakan gantung MP PKR langkah ‘makan diri’
July 17, 2025, 8:10 pm
Sikap materialistik punca masyarakat berminda rasuah – Azam Baki
July 17, 2025, 7:54 pm
Hamzah Zainudin dilantik Pengarah Pilihan Raya Bersatu
July 17, 2025, 7:39 pm
Suami gagal punca isteri cari ketenangan di luar – Menteri Agama
July 17, 2025, 6:51 pm