TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

UCSI sahkan pelajar dilaporkan hilang ditemui meninggal dunia

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 17 Julai - Universiti UCSI mengesahkan kematian pelajar seni bina, Sithu Hpone Maw, yang sebelum ini dilaporkan hilang sejak 9 Julai lalu.

Menerusi kenyataan di Facebook, universiti itu meluahkan kesedihan terhadap kehilangan pelajar berasal dari Myanmar tersebut yang disifatkan sebagai ahli komuniti UCSI yang dihargai.

“Kami berdiri bersama keluarga, rakan-rakan dan orang tersayang beliau dalam saat kehilangan yang amat dirasai ini,” menurut kenyataan itu.

Sithu, pelajar tahun kedua Ijazah Seni Bina di universiti berkenaan, kali terakhir dilihat di kediamannya di Ankasa Condo, Taman Connaught, Cheras.

Usaha mengesannya digerakkan selepas wakil pengurusan universiti membuat laporan polis apabila beliau gagal dihubungi.

Polis Cheras mengesahkan menerima laporan kehilangan itu pada 9 Julai.

UCSI turut menyatakan sokongan kepada komuniti kampus, termasuk rakan-rakan dan komuniti Myanmar di universiti tersebut yang turut terkesan dengan insiden itu.

“Kami turut bersimpati dengan komuniti Myanmar di kampus ketika kita bersama-sama meratapi kehilangan tragis ini,” kata kenyataan itu lagi.

+ - reset