TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Bayi 6 di taska ditemui lemas dalam keadaan tertiarap atas tilam di Melaka

By
|
Kongsi
image

 

MELAKA 17 Julai - Seorang bayi lelaki berusia enam bulan ditemui meninggal dunia dipercayai akibat lemas dalam keadaan tertiarap dan dibedung di atas tilam dalam sebuah taska di Padang Temu, semalam.

Kejadian tragis itu berlaku kira-kira jam 5 petang dan disedari oleh pengasuh taska selepas bayi berkenaan ditidurkan kira-kira sejam sebelumnya.

Menurut sumber, ketika memantau keadaannya, pengasuh yang bergilir menjaga bayi tersebut mendapati mangsa dalam keadaan tertiarap dengan muka kebiru-biruan.

“Pengasuh segera membawa bayi itu kepada pengusaha taska sebelum dikejarkan ke Klinik Utama Ujong Pasir untuk rawatan lanjut.

“Doktor di klinik berkenaan melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) selama 30 minit sementara menunggu ambulans tiba,” katanya.

Bayi berkenaan kemudian dibawa ke Zon Merah Hospital Melaka kira-kira jam 6 petang, namun usaha menyelamatkan nyawanya gagal apabila pegawai perubatan turut mengesahkan kematiannya selepas prosedur CPR kali kedua.

Pemeriksaan lanjut ke atas tubuh bayi tidak menemui sebarang kesan unsur jenayah, namun pihak hospital tetap membuat laporan polis bagi tindakan lanjut.

Kes kini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

+ - reset