TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki ditemui maut dalam kereta berkunci, enjin masih hidup di Butterworth

By
|
Kongsi
image

 

BUTTERWORTH 17 Julai - Seorang lelaki berusia 34 tahun ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta berkunci dengan enjin masih hidup di belakang deretan kedai di Taman Ara Mutiara di sini, malam Rabu.

Mangsa ditemui tidak sedarkan diri di tempat duduk pemandu kenderaan jenis Mazda CX-5.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.50 malam sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tasek Gelugor digerakkan ke lokasi.

“Sebaik tiba pada jam 9.03 malam, pasukan mendapati pintu kereta berkunci dan mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.

“Bomba membantu pihak polis membuka pintu kenderaan menggunakan peralatan khas. Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut berada di lokasi,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.35 malam dan kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut.

+ - reset