TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

20 lelaki gay ditahan dalam majlis makan-makan di Kota Bharu, ratusan ubat HIV dan kondom dirampas

By
|
Kongsi
image

 

KOTA BHARU 17 Julai – Polis menyerbu sebuah rumah banglo di Jalan Kemumin di sini yang dipercayai menjadi lokasi perjumpaan makan-makan membabitkan kumpulan LGBT, dengan kehadiran hampir 100 lelaki.

Serbuan dilakukan sekitar jam 1 pagi pada pertengahan bulan lalu hasil risikan dan maklumat awam, yang turut membawa kepada penemuan dan rampasan ratusan kondom serta ubat HIV.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, ketika serbuan dilakukan, sebahagian besar peserta sudah meninggalkan lokasi dan hanya 20 lelaki berjaya ditahan.

“Kita mendapat maklumat kumpulan gay menyewa banglo untuk acara makan-makan dan hasil risikan mendapati hampir 100 orang hadir.

“Namun, ketika serbuan, sebahagian besar sudah pulang. Kita turut merampas ubat HIV dan kondom, dan percaya pertemuan itu bertujuan menjurus kepada hubungan terlarang,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Bulanan Polis, hari ini.

Menurutnya, hasil soal siasat terhadap 20 lelaki yang ditahan, mereka mengaku sebagai penghidap HIV dan menawarkan perkhidmatan secara percuma kepada individu berminat.

“Daripada 20 lelaki itu, tiga daripadanya telah dituduh di mahkamah selepas polis menemui video hubungan sejenis dalam telefon bimbit mereka.

“Semua yang terlibat adalah rakyat Kelantan dan mempunyai pekerjaan. Majlis itu juga dimuat naik di media sosial bagi menarik kehadiran lebih ramai peserta,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihak polis akan mempergiatkan risikan bagi menilai tahap serius aktiviti sebegini di negeri itu.

“Kita tidak tahu sejauh mana serius kes ini di Kelantan kerana ini merupakan kes pertama seumpamanya. Namun, kita akan terus mempertingkatkan risikan untuk mengekangnya,” katanya.

+ - reset