Berita Berita
Malaysia kecam serangan udara Israel ke atas Syria

KUALA LUMPUR 17 Julai – Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan udara terbaharu yang dilancarkan rejim Israel ke atas ibu negara Syria, Damsyik, baru-baru ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian tegas itu melalui satu hantaran di laman sosial rasmi beliau pada Khamis.
Menurut Anwar, serangan tersebut bukan sahaja mencabul kedaulatan Syria, malah turut mengorbankan nyawa orang awam yang tidak berdosa.
“Serangan ini merupakan pelanggaran nyata terhadap undang-undang antarabangsa dan Perjanjian Pemisahan 1974 antara Israel dan Syria,” katanya.
Beliau turut menzahirkan solidariti tidak berbelah bahagi Malaysia terhadap rakyat Syria yang terus menderita akibat konflik yang berlarutan sejak sekian lama.
“Syria telah melalui penderitaan yang amat dahsyat sepanjang dekad lalu. Rakyatnya berhak menikmati keamanan, bukannya terus menjadi mangsa keganasan atau campur tangan kuasa luar.
“Malaysia berdiri teguh bersama rakyat Syria dan menggesa agar pencabulan seperti ini dihentikan serta-merta, dan supaya komitmen terhadap prinsip kemanusiaan serta kedaulatan undang-undang diperbaharui,” ujarnya.
Terdahulu, beberapa media antarabangsa melaporkan siri serangan udara oleh Israel ke atas Damsyik menyebabkan kematian serta kemusnahan harta benda awam. – Media Telus
Berita berkaitan
July 17, 2025, 8:20 pm
'Jangan ghairah nak makan lawan' - Rafizi anggap desakan gantung MP PKR langkah ‘makan diri’
July 17, 2025, 8:10 pm
Sikap materialistik punca masyarakat berminda rasuah – Azam Baki
July 17, 2025, 7:54 pm
Hamzah Zainudin dilantik Pengarah Pilihan Raya Bersatu
July 17, 2025, 7:39 pm
Suami gagal punca isteri cari ketenangan di luar – Menteri Agama
July 17, 2025, 6:51 pm