TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kerajaan perpaduan aman, tidak wajar digugat - Johari

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR 17 Julai – Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan kini berada dalam keadaan aman dan stabil, justeru tidak wajar digugat oleh mana-mana pihak.

Beliau berkata, sekiranya terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan kerajaan yang ada, mereka sepatutnya menunggu sehingga pilihan raya akan datang.

“Kalau tak puas hati, tunggu next election (pilihan raya seterusnya) boleh,” katanya ringkas.

Johari berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas mengadakan pertemuan bersama peniaga dan penduduk mengenai isu cadangan perobohan beberapa unit gerai di Blok E 16, Jalan 2/76 Desa Pandan, di sini hari ini.

Mengulas khabar angin mengenai kemungkinan seorang pemimpin UMNO akan dilantik sebagai Perdana Menteri, beliau menepis perkara itu dengan merujuk kepada jumlah kerusi Parlimen yang dimiliki parti berkenaan ketika ini.

“Datuk Seri daripada UMNO. Bahagian macam mana? Sokongan UMNO ada 26 sahaja,” katanya.

Ahli Parlimen Titiwangsa itu turut menekankan bahawa Kerajaan Perpaduan perlu dikekalkan demi memastikan kestabilan politik negara terus terpelihara. – Media Telus

+ - reset