Berita Berita
Kepimpinan Anwar sebagai pengerusi ASEAN wajar dijadikan model penyelesaian pertikaian – Amirudin

KUALA LUMPUR 29 Julai – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Pengerusi ASEAN yang menekankan rundingan dan mediasi wajar dijadikan model penyelesaian pertikaian serantau pada masa depan.
Beliau merujuk kejayaan Malaysia menjadi perantara rundingan di Putrajaya semalam yang membawa kepada pencapaian gencatan senjata serta-merta tanpa syarat antara Kemboja dan Thailand.
Katanya, tindakan yang diambil Anwar akan dikenang sebagai detik bersejarah yang menyerlahkan peranan ASEAN sebagai satu suara penting yang harus didengari dan dihormati di pentas antarabangsa.
“Kemampuan, ketenangan dan sifat kenegaraan ditampilkan Anwar seharusnya menjadi model serta mekanisme penyelesaian semua pertikaian rantau melalui rundingan dan mediasi dengan keamanan sebagai asasnya.
“ASEAN tidak mampu ditarik ke medan perang. Kita telah melihat kesan perang di Eropah dan Afrika serta genosid di Asia Barat,” katanya dalam kenyataan semalam.
Amirudin menegaskan rantau ini hanya dapat terus berkembang melalui keamanan dan tidak boleh menyokong sebarang elemen peperangan.
Katanya, kepengerusian ASEAN oleh Malaysia pada 2025 harus dijadikan bukti bahawa penyelesaian semua pertikaian sempadan mesti dilakukan melalui rundingan berteraskan keamanan.
Beliau juga percaya abad ini merupakan ‘Abad Asia Tenggara’, bukan sahaja dari segi ekonomi tetapi juga peluang untuk ASEAN menampilkan nilai budaya, prinsip kemanusiaan dan kedaulatan undang-undang.
“Kesemua ini adalah prinsip asas untuk kita buktikan bahawa ASEAN mampu menjadi model demokrasi,” katanya. – Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm