Berita Berita
Anggota RELA maut motosikal bertembung lori di Nibong Tebal

NIBONG TEBAL 29 Julai – Seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) maut selepas motosikal yang ditungganginya bertembung dengan sebuah lori membawa muatan tanah di Jalan Besar Sungai Jawi, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, mangsa wanita berusia 48 tahun yang menunggang motosikal jenis Yamaha NVX disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Jay January Siowou berkata, pemandu lori berusia 29 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.
“Buat masa ini, usaha mengesan saksi bebas sedang giat dijalankan selain pemeriksaan terhadap rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan sekitar lokasi.
“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah SPS di talian 04-5858222,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Terdahulu, insiden berkenaan turut tular di media sosial menerusi video dan gambar yang memaparkan mangsa lengkap berpakaian seragam RELA terbaring di lokasi kejadian. – Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm