Berita Berita
Kerajaan diperintah bayar RM1.1 juta kepada ibu model Belanda, Ivana Smit, polis Malaysia didapati cuai jalankan siasatan

KUALA LUMPUR 29 Julai - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan kerajaan Malaysia membayar ganti rugi berjumlah RM1.1 juta kepada ibu mendiang model Belanda, Ivana Esther Robert Smit, selepas mendapati wujud kecuaian polis dalam menyiasat kematian anak perempuannya yang berlaku lapan tahun lalu.
Perintah itu dibuat Hakim Roz Mawar Rozain selepas membenarkan saman yang difailkan ibu mangsa, Christina Carolina Gerarda Johanna Verstappen, terhadap beberapa pihak termasuk polis dan kerajaan.
Dalam penghakimannya, Roz Mawar menyatakan terdapat pelanggaran tanggungjawab penjagaan oleh pihak berkuasa, termasuk kelemahan dalam pengurusan tempat kejadian jenayah, kegagalan memelihara bukti serta kecuaian dalam prosedur forensik.
Tuntutan saman difailkan Verstappen atas dakwaan kegagalan pihak berkuasa menjalankan siasatan secara telus dan menyeluruh bagi menentukan punca sebenar kematian anaknya.
Beliau menamakan Ketua Polis Negara, Pegawai Penyiasat Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Faizal Abdullah, Menteri Dalam Negeri, dan kerajaan Malaysia sebagai defendan dalam kes tersebut.
Menerusi penyataan tuntutan, Verstappen menyatakan anak perempuannya yang berusia 18 tahun itu ditemukan maut di tingkat enam Cap Square Residence di sini pada 7 Disember 2017, selepas dipercayai jatuh dari tingkat 20 unit kondominium milik pasangan warga Amerika, Alex Johnson dan Luna Almazkyzy.
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm