TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Tarikh akhir bayaran levi dilanjutkan ke 19 September depan - HRD Corp

By
|
Kongsi
image

 

KUALA LUMPUR 29 Julai - Human Resource Development Corporation (HRD Corp) mengumumkan lanjutan tarikh akhir pembayaran levi pembangunan sumber manusia (PSM) bagi bulan Ogos 2025 kepada Jumaat, 19 September depan.

Langkah ini dibuat susulan pengumuman oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai cuti umum tambahan pada Isnin, 15 September sempena sambutan Hari Malaysia.

Menurut HRD Corp, pelanjutan tempoh ini bertujuan memberikan kelonggaran kepada majikan berdaftar yang mungkin terkesan dengan cuti hujung minggu yang panjang.

Selaras dengan peruntukan di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) 2001, semua majikan berdaftar diwajibkan untuk membuat pembayaran levi pada atau sebelum 15 haribulan setiap bulan. Namun begitu, bagi Ogos ini, tarikh akhir baharu diberi sehingga 19 September.

Keputusan ini juga mengambil kira prinsip 3K — Kebajikan Pekerja, Kemahiran Pekerja dan Keberhasilan Pekerja yang menjadi dasar utama Kementerian Sumber Manusia (KESUMA).

Majikan yang mempunyai pertanyaan lanjut berhubung pembayaran levi boleh menghubungi Talian Sokongan HRD Corp di 1300 88 4800 atau emel ke support@hrdcorp.gov.my.

+ - reset