Berita Berita
Lelaki warga emas cedera diserang gajah liar ketika ke surau di Mersing

MERSING 29 Julai – Seorang lelaki warga emas berdepan detik cemas apabila diserang seekor gajah liar ketika dalam perjalanan ke surau untuk menunaikan solat subuh di Kampung Wak Salam, awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 pagi itu, mangsa berusia 64 tahun dikatakan baru sahaja melangkah keluar dari pagar rumahnya sebelum didatangi gajah berkenaan yang secara tiba-tiba menolaknya hingga terjatuh.
Ketua Polis Daerah Mersing, Superintendan Abdul Razak Abdullah Sani berkata, akibat serangan tersebut, mangsa mengalami kecederaan di bahagian telinga.
“Setakat ini tiada laporan polis dibuat, namun berdasarkan maklumat awal, mangsa yang merupakan lelaki tempatan hendak ke surau untuk solat subuh ketika kejadian berlaku.
“Mangsa telah ditolak oleh seekor gajah di hadapan pagar rumahnya sehingga terjatuh dan mengalami kecederaan di telinga. Beliau kini sedang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau lagi, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan keadaan dilaporkan stabil.
Kejadian melibatkan gajah liar bukan perkara asing di kawasan luar bandar Johor, khususnya yang berdekatan kawasan hutan simpan.
Pihak berkuasa masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai langkah susulan atau pemantauan terhadap pergerakan haiwan liar di kawasan tersebut.
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm