Berita Berita
Ada scammer guna nama Mydin, pihak berkuasa untuk menipu, orang ramai dinasihat waspada

KUALA LUMPUR 30 Julai – Orang ramai dinasihatkan agar berwaspada dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang menyalahgunakan nama bantuan kerajaan seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA), termasuk melibatkan nama pasar raya terkenal.
Pengarah Urusan MYDIN, Datuk Wira Dr Ameer Ali Mydin mendedahkan pihaknya menerima laporan mengenai individu tidak bertanggungjawab yang menyamar sebagai wakil pihak berkuasa atau syarikat tertentu, termasuk menyalahgunakan nama peruncit seperti MYDIN untuk memperdaya orang awam.
“Penipuan seperti ini sering kali berlaku melalui mesej palsu atau pautan mencurigakan yang dihantar melalui aplikasi komunikasi peribadi seperti WhatsApp, SMS atau media sosial,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menegaskan bahawa tiada pasar raya atau peruncit yang terlibat secara langsung dalam pengagihan bantuan STR melalui mana-mana platform komunikasi peribadi.
Sehubungan itu, Ameer menasihatkan orang ramai agar tidak berkongsi maklumat peribadi atau perbankan dengan individu yang tidak dikenali serta mengelak daripada menekan pautan yang meragukan kononnya menawarkan bantuan tunai.
“Semak kesahihan maklumat hanya melalui saluran rasmi seperti laman web Kementerian Kewangan di https://bantuantunai.hasil.gov.my,” jelasnya.
Sebagai Penasihat Persatuan Peruncitan Bumiputera, Ameer turut menyeru masyarakat agar lebih peka terhadap mesej-mesej yang mencurigakan.
"MYDIN kekal komited menyokong segala usaha kerajaan dalam membantu rakyat, namun dalam masa yang sama, masyarakat perlu dilindungi daripada menjadi mangsa penipuan," tegas beliau.
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm