Berita Berita
153 saman dikeluar JPJ Melaka kerana tidak pakai tali pinggang keledar

MELAKA 29 Julai – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengeluarkan sebanyak 153 notis saman kepada pemandu dan penumpang bas ekspres serta persiaran yang gagal memakai tali pinggang keledar dalam tempoh 1 Julai hingga semalam.
Pengarah JPJ Melaka, Siti Zarina Mohd Yusop berkata, sebanyak 18 notis saman dikeluarkan kepada pemandu manakala selebihnya, iaitu 135 notis, kepada penumpang.
“Pemakaian tali pinggang keledar diwajibkan kepada semua pemandu dan penumpang bas ekspres serta persiaran bermula 1 Julai lalu.
“Sehingga kini, sebanyak 350 buah kenderaan telah diperiksa dan kebanyakan kesalahan dikesan menerusi kaedah penyamaran anggota dalam bas, selain operasi penguatkuasaan berkala,” katanya kepada media selepas Operasi Khas Bersepadu JPJ Melaka di Batu Berendam malam tadi.
Menurutnya, kebanyakan individu yang disaman mengabaikan pemakaian tali pinggang keledar kerana sikap sambil lewa dan kurang kesedaran walaupun telah diingatkan sebelum perjalanan bermula.
“Tindakan saman tanpa kompromi ini bertujuan memberi peringatan agar kesalahan tidak diulangi,” ujarnya.
Jelasnya lagi, JPJ Melaka turut mengadakan sesi libat urus dengan semua pengusaha syarikat bas ekspres dan persiaran di negeri ini untuk menjelaskan kewajipan mematuhi peraturan tersebut.
Pihaknya turut mengedarkan bahan promosi dalam bentuk poster digital untuk ditampal dalam kenderaan sebagai peringatan kepada pemandu dan penumpang agar tidak mengabaikan aspek keselamatan.
Operasi bersepadu itu melibatkan lebih 70 anggota dari pelbagai agensi penguat kuasa dan berlangsung dari pukul 8 malam hingga 12 tengah malam, dengan 745 kenderaan diperiksa serta 197 kenderaan dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan. – Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 8:51 am
Polis nafi dakwaan ahli keluarga VIP terlibat kematian Zara Qairina
August 2, 2025, 8:39 am
Tiga warga Bangladesh maut, dua cedera MPV terbabas di LPT1
August 1, 2025, 10:22 pm
Dakwa KPM cuai, keluarga pelajar lemas di SSTMI ambil tindakan undang-undang tuntut keadilan
August 1, 2025, 10:05 pm
Malaysia setuju beli 30 pesawat Boeing bernilai AS$9.5 Bilion, tarif AS dikurangkan
August 1, 2025, 6:46 pm
Mayat dijerut tali, kaki dan tangan diikat ditemui berhampiran landasan kereta api
August 1, 2025, 6:27 pm
UTM serah siasatan kematian kadet Palapes kepada pihak berkuasa
August 1, 2025, 6:18 pm