Berita Jenayah
Polis kenal pasti wanita tunjuk isyarat lucah di Jalan Batu Kawa

KUCHING 19 Mac - Polis telah mengenal pasti seorang wanita yang tular di media sosial selepas menunjukkan isyarat lucah di Jalan Batu Kawa, Kuching, pada Sabtu lalu.
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi, berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu daripada seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun pada jam 5.50 petang semalam.
Menurut beliau, kejadian berlaku ketika pengadu sedang memandu di Jalan Batu Kawa, sebelum seorang pemandu wanita bertindak menunjukkan isyarat jari tengah kepadanya.
“Insiden ini telah menjadi tular di laman sosial dan pemandu wanita terbabit telah dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan.
Kes berkenaan sedang disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Polis turut menasihatkan orang ramai agar sentiasa memandu secara berhemah dan mengelakkan sebarang tindakan provokasi di jalan raya. - Media Telus
Berita berkaitan
September 9, 2025, 3:08 pm
Polis siasat mesej ugutan terhadap fasiliti LNG Petronas di Bintulu
September 9, 2025, 7:49 am
Polis tahan lelaki, rampas pistol dan 36 peluru dalam serbuan di Kota Bharu
September 9, 2025, 6:24 am
Malaysia terus usaha kesan Jho Low dengan bantuan antarabangsa
September 9, 2025, 6:15 am
Polis kejar, empat lelaki termasuk remaja diberkas kes curi kabel
September 8, 2025, 2:53 pm
Polis siasat kes curi beg di masjid Kota Tinggi
September 8, 2025, 8:05 am
Polis tahan dua lelaki terlibat kes hasutan dan ugutan jenayah di media sosial
September 2, 2025, 11:05 am
Lelaki ditahan kurang 24 jam selepas pecah rumah di Simpang Renggam
September 2, 2025, 8:24 am
Gadis 16 tahun di Seremban dakwa dirogol beramai-ramai
September 1, 2025, 1:07 pm
Polis buru 2 lelaki letup kedai guna bom tangan di Ipoh
August 31, 2025, 7:46 am