Berita Berita
Budak 12 tahun dikhuatiri lemas di Sungai Felda Teloi Kanan, operasi SAR masuk hari kedua

BALING, 12 Mei – Kegembiraan sembilan sahabat mandi sungai bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka, seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun, dikhuatiri lemas di Sungai Felda Teloi Kanan, Kuala Ketil, petang semalam.
Mangsa dipercayai tenggelam di sungai yang terletak kira-kira 100 meter dari rumahnya.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Baling, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada jam 5.17 petang.
“Berdasarkan maklumat awal, mangsa dikatakan mandi bersama lapan rakannya sebelum dia tiba-tiba hilang dan dipercayai tenggelam,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurut beliau, operasi pencarian yang dijalankan bersama penduduk kampung dan polis petang semalam tidak menemukan sebarang petunjuk.
“Selepas usaha awal gagal, operasi ditangguhkan pada jam 6.30 petang dan disambung semula pada 8 pagi ini.
“Operasi hari ini membabitkan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dari Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani dan Jitra, serta bantuan Unit Anjing Pengesan (K-9) dari polis dan bomba,” tambahnya.
Berita berkaitan
August 7, 2025, 1:26 pm
Lebih 3,000 kes baharu HIV dicatat tahun lalu, 90 peratus pesakit lelaki
August 7, 2025, 1:16 pm
Lebih 2,000 doktor, jururawat 'angkat kaki' sejak 2022, KKM umum langkah kekang penghijrahan
August 7, 2025, 12:49 pm
Tiga remaja beri sisa makanan tulang ayam kepada gelandangan dibebaskan dengan jaminan polis
August 7, 2025, 12:27 pm
Ibu Zara Qairina serah telefon kepada polis, syukur AGC kembalikan laporan siasatan kematian anak
August 7, 2025, 12:12 pm
HRD Corp terima kunjungan Menteri Kemahiran UK, perkukuh kerjasama dua hala Malaysia-Britain
August 7, 2025, 11:47 am
Lebih banyak peluang untuk belia, MBD Tampin sambut baik penurunan had umur belia kepada 30 tahun
August 7, 2025, 11:10 am
KPM buat lebih 10 laporan polis, kecam penyebaran fitnah kes Zara Qairina
August 6, 2025, 9:59 pm
Silambam terpinggir dari SUKMA, atlet dan komuniti India kecewa, tuntut penjelasan KBS
August 6, 2025, 8:47 pm