Berita Jenayah
Penganggur didakwa liwat budak 10 tahun dalam kontena di Kelantan

KUALA LUMPUR 23 Jun – Seorang lelaki penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Bharu, semalam atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal dengan meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun dalam sebuah kontena di Lembah Sireh pada 12 Jun lalu.
Tertuduh, Che Asmizan Che Jaafar, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Zulkifli Abdullah.
Berdasarkan pertuduhan, Che Asmizan didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap kanak-kanak berusia 10 tahun lima bulan di dalam sebuah kontena kosong berhampiran Stesen Bas Lembah Sireh kira-kira jam 8 malam pada hari kejadian.
Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Kamarul Hasyime Rosli, yang mengendalikan pendakwaan, tidak menawarkan sebarang jaminan kepada tertuduh memandangkan kes berkenaan serius.
Hakim kemudiannya menasihatkan tertuduh supaya segera melantik peguam bagi membela dirinya dalam prosiding akan datang.
Mahkamah menetapkan 21 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan serahan dokumen pendakwaan.
Berita berkaitan
August 20, 2025, 5:38 pm
JSJN bongkar stor syabu RM13.6 juta, lima suspek ditahan
August 18, 2025, 8:46 pm
Kanak-kanak dua tahun cedera dipercayai didera pengasuh di Shah Alam
August 18, 2025, 12:42 pm
Tok siak di Kuala Krai didakwa rogol anak kandung berusia 13 tahun
August 18, 2025, 11:42 am
Polis tidak tolak kemungkinan suspek kes bunuh pelajar kolej dikenali mangsa
August 18, 2025, 8:22 am
Polis buru individu siat kulit anjing hidup-hidup hingga parah di Melaka
August 17, 2025, 12:39 pm
Lelaki Myanmar maut ditikam selepas buat kacau ketika mabuk
August 14, 2025, 12:10 pm
Lelaki 'miang' direman 5 hari disyaki cabul, intai anak tiri ketika mandi, tidur
August 13, 2025, 2:23 pm
Bayi dalam kotak rupanya hasil hubungan sumbang mahram, tiga individu ditahan
August 13, 2025, 9:30 am