Berita Berita
Rapid Bus siasat insiden kecoh bas MRT, penunggang basikal di media sosial

KUALA LUMPUR 8 Julai - Rapid Bus mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung insiden yang tular di media sosial membabitkan sebuah bas perantara Aliran Transit Massa (MRT) dan sekumpulan penunggang basikal, baru-baru ini.
Menurut kenyataan syarikat itu, kejadian berlaku apabila pemandu bas terpaksa memberhentikan kenderaan kerana halangan daripada sekumpulan penunggang basikal yang mengayuh secara berkumpulan dan memasuki lorong kiri laluan bas.
“Tindakan penunggang yang menghalang laluan menyebabkan kapten bas terpaksa menghentikan kenderaan dan menegur kumpulan terbabit.
“Namun, berlaku perselisihan faham antara mereka sebelum pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang kebetulan berada di lokasi menenangkan keadaan,” jelas kenyataan itu hari ini.
Rapid Bus memaklumkan bahawa pemandu terlibat telah diberikan sesi kaunseling bagi membantunya menangani situasi serupa dengan lebih tenang pada masa akan datang.
Dalam masa yang sama, semua kapten bas turut diingatkan untuk terus mengamalkan pemanduan berhemah dan mematuhi garis panduan keselamatan yang telah ditetapkan.
Pihak syarikat juga menyeru semua pengguna jalan raya supaya sentiasa berhati-hati serta mematuhi peraturan lalu lintas demi keselamatan bersama.
Terdahulu, media melaporkan satu video tular memaparkan pertengkaran antara seorang pemandu bas dan sekumpulan penunggang basikal di Jalan Bestari Jaya, Kuala Selangor, yang didakwa berpunca daripada tindakan penunggang memasuki lorong bas dan menunggang melebihi garisan jalan.
Video dimuat naik pengguna TikTok @Slmanfrish itu menunjukkan suasana tegang apabila kedua-dua pihak bergaduh mulut di bahu jalan, dengan dakwaan bahawa pemandu bas bertindak agresif terhadap kumpulan tersebut.
Berita berkaitan
August 27, 2025, 9:29 pm
Murid alami gegaran otak, Izzul Islam pengsan, loya dan muntah, dikejarkan ke hospital lagi
August 27, 2025, 7:10 pm
Tiada lagi kontrak runding terus, elak kronisme, ketirisan - Anwar
August 27, 2025, 3:52 pm
Papagomo dipenjara 30 hari kerana hina mahkamah
August 27, 2025, 3:46 pm
Dua pekerja kedai tomyam rentung dalam kebakaran di Pontian
August 27, 2025, 3:45 pm
Polis panggil Rafidah halang tugas pegawai mahkamah kosongkan kediaman penduduk Kampung Sungai Baru
August 27, 2025, 3:04 pm
Suami isteri di Seremban didenda RM6,000 gara-gara simpan daging Babi Bodoh
August 27, 2025, 2:50 pm
Segamat dilanda gegaran lemah, penduduk diminta bertenang
August 27, 2025, 2:40 pm
Kes buli di sekolah meningkat, 7,681 kes direkodkan tahun lalu - Fadhlina
August 27, 2025, 2:40 pm